Santai

Satu Soalan Je...

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah, "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.


"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.


"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi.
Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."


"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU,
benda tu dah terkeluar dah.............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan ..

Menteri

Seorang Menteri Besar dijemput merasmikan satu majlis di Hospital Bahagia. Sewaktu menteri itu berjalan menuju ke pentas, tiba-tiba tangannya ditarik salah seorang yang berdiri berhampiran.

Lelaki : Apa Khabar?
Menteri : Baik
Lelaki : Lu.. sapa nama ?
Menteri : Kan Ti Meng.
Lelaki : Lu keje apa?
Menteri : Menteri Besar.
Lelaki : (Sambil berbisik) Isyy!!!, lu jangan cakap kuat-kuat.
Menteri : Apa pasal ?
Lelaki : Dulu bila orang tanya sama gua, gua cakap nama dan kerja sama seperti lu, polis tangkap.. kasi gua masuk ini tempat sampai sekarang.

Buku

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

This Is From An Actual Trial In The UK

A young woman who was several months pregnant boarded a bus. When she noticed a young man smiling at her she began feeling humiliated on account of her condition. She changed her seat and he seemed more amused. She moved again and then on her third move he burst out laughing. She had him arrested.

Then the case came before the court, the young man was asked why he acted in such a manner.

His reply was: When the lady boarded the bus I couldn't help noticing she was pregnant. She sat under an advertisement, which read: 'Coming Soon: The Gold Dust Twins'. I was even more amused when she sat under a shaving advertisement, which read: 'William's Stick Did The Trick'.

Then I could not control myself any longer when on the third move she sat under an advertisement, which read: 'Dunlop Rubber would have prevented this accident.'

The case was dismissed.

Euro English

The European Commission has just announced an agreement whereby English will be the official language of the European Union rather than German, which was the other possibility.

As part of the negotiations, the British Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a 5 year phase in plan that would become known as "Euro-English."

In the first year, "S" will replace the soft "C." Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy.

The hard "C" will be dropped in favour of "K." This should klear up konfusion, and keyboards kan have one less letter.

There will be growing publik enthusiasm in the sekond year when the troublesome "PH" will be replaced with "F.." This will make words like fotograf 20% shorter.

In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be expekted to reach the stage where more komplikated changes are possible.

Governments will enkourage the removal of double letters which have always ben a deterent to akurate speling.

Also, al wil agre that the horibl mes of the silent "E" in the languag is disgrasful and it should go away.

By the 4th yer people wil be reseptiv to steps such as replasing "TH" with "Z" and "W" with "V."

During ze fifz yer, ze unesesary "O" kan be dropd from vords kontaining "ou" and after ziz fifz yer, ve vil hav a reil sensibl riten styl.

Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech oza. Ze drem of a united urop vil finali kum tru.

Und efter ze fifz yer, ve vil al be speking German like zey vunted in ze forst plas.

If zis mad you smil, pleas pas on to oza pepl.

Lelaki Yang Datang Haid

Oleh enamjahanam

Pada zaman dahulu kala tinggallah dalam sebuah kampung gembala-gembala lembu dan kuda. Ada seorang orang kaya mengembala lembu manakala simiskin mengembala kuda. Hatta beberapa ketika kedua-dua lembu orang kaya dan sikuda orang miskin pun mengandunglah. nak dijadikan cerita, kedua-dua kuda dan lembu tersebut beranak pada masa yang sama. Anak-anaknya comel belaka terutama anak kuda si miskin.

Yang si kaya ni sangat berkenan akan anak kuda simiskin. Lalu dicarinya akal penipunya untuk memiliki anak kuda si miskin yang comel itu.

Dia pun pergi kepada simiskin dan mengatakan bahawa anak kuda simiskin sebenarnya adalah anak daripada lembunya, tetapi lembunya beranakkan lembu yang menyerupai kuda. Pening kepala simiskin memikirkan hal tersebut. nak dilawannya orang kaya, akhirnya dia mengajak sikaya berjumpa hakim untuk mengendalikan kes tersebut. (Perlu diingat hakim pada masa itu bijak dan adil tak seperti hakim Ariffin Jaka dan Augustine tak releven. )

Apabila berjumpa saja hakim, maka masing-masing pun membentangkan kes mereka kepada si hakim yang bijak ini. Lalu fahamlah hakim akan kedudukan sebenar.

Setelah habis semuanya membentangkan kes, maka hakim berkata kepada mereka berdua supaya datang pada hari esoknya kerana pada hari tersebut, hakim mengatakan dia uzur.

Tercengang-cengang sikaya kerana melihat si hakim sihat sahaja. Lalu dia pun bertanya kepada hakim " Apakah sakit tuan, sebab saya nampak tuan sihat sahaja" Maka jawab hakim " Ada pun pada hari ini saya kedatangan haid". Lagi pening kepala si kaya lalau bertanya " Takkan orang lelaki seperti tuan boleh didatangi haid" Dengan pantas hakim menjawab " kalau anak lembu saudara boleh bertukar menjadi kuda, takkanlah orang lelaki tak bolah didatangi haid?"

Terpinga-pinga sikaya dah balik kerumah dengan malunya.

Itu kisah hakim bijak. Tapi kalau perkara tu berlaku pada zaman sekarang, dan hakim pulak ialah hakim Arifin jaka atau Augustine Paul, rasa aku menang si kaya nih sebab hakim depa ni hakim kangaroo....mana boleh fikiq perkara-perkara yang rumit. Sekian adanya...

www.tranungkite.net

Bicara Pembunuhan

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan satu lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim lagi.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda
berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata... "Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"!!.....

Pentingnya Menyusun Keutamaan

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini...

2 x 5

Ada seorang perempuan menaiki bas sambil mendukung anaknya.

Semasa membayar tambang, dreber bas membuat komen, "Eh! Hodohnya budak ini!".

Selepas itu perempuan tersebut terus pergi ke belakang bas dan duduk dalam keadaan marah-marah.

Penumpang sebelah bertanya kenapa dan perempuan itu berkata bahawa dreber bas itu kurang ajar.

Maka penumpang sebelah itu berkata: "Kita tak boleh biarkan dia berkurang ajar. Kamu pergi marah dia balik. Sementara itu saya boleh tolong pegangkan monyet kamu.."

sumbangan: anna sar

Ujang...

Abu berasal dari Terengganu, manakala Amer berasal dari Kedah. Tinggal satu bilik, katil double decker. Amer kat atas, Abu kat bawah.

Amer ni suka baca majalah dan komik. Abu pulak suka meminjam, belinya tidak. Amer ada sedikit bengang lah kat Abu ni. Kekadang, majalah yang baru dibeli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu, bila kasi balik dah lunyai dah.

Suatu hari, Amer balik dari pekan dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework, dia pun nak rilek kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok je dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

"Amer.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab Amer lembut.

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.

"Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.

"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.

"Hang ni dah melampau. Kalau nak beli sendiri la. Apa, hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Amer dah naik angin, siap turun dari katil dia dah.

"Laaa, aku kata tu, haghi nok ujang tu, mung basuh kaing.. kak gi basoh..." kecut je Abu jawab.
(Laaa, aku kata tu, hari nak hujan tu, kau basuh kain, nanti basah...)

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

Monyet Yang Terbuang

Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..

Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

Suatu Hari Di Pejabat Pos

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."

Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

Kenapa Kamu Di Sini?

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah

"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Isteriku Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza? tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi. Dan jangan tidur lepas asar.

Dipetik dari majalah UJANG.......

Insiden Di Klinik Swasta

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

10 Sebab Cuci Motor Adalah Lebih baik Dari Berkhalwat

  1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
  6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
  10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Kisah Si Upin

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, adalah seorang manusia bernama Upin yang tinggal di hulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. Pada petang yang hening itu, berjalanlah Upin ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk.

Sekembalinya dari kedai, dipasangnya kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk. Pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah Upin untuk berborak- borak. Dicari-carinya Upin tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Upin dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Upin tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu.

Bertanyalah si polis, "awatnya tidoq bawah katil?"
Upin, "saja....nak tipu nyamuk."

Cuti Sekolah

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Musim Sejuk Yang Sangat Sejuk

Di sebuah kawasan di Amerika Syarikat. Waktu itu musim gugur, seorang suku kaum Indian di daerah terpencil bertanya pada ketua suku kaum mereka yang baru. "Wala-wala chimo-ela suma totangka obuawachi?" yang ertinya, "Ketua, apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau seperti biasanya?"

Oleh kerana ketua suku ini sudah moden, dia tidak pernah belajar meramal cuaca dengan cara-cara kuno lagi. Ketika melihat ke atas, ia tidak dapat mengatakan bagaimana nantinya keadaan cuaca. Meskipun begitu, supaya semua kaumnya tenang, ia mengatakan bahawa musim sejuk nantinya akan terasa sejuk, sehingga ia menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu bakar untuk persiapan musim sejuk.

Namun setelah beberapa hari, muncul idenya untuk menelepon Jabatan Kaji Cuaca, dan menanyakan, "Apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau tidak?"

"Kelihatannya musim sejuk kali ini akan sangat sejuk," kata petugas di Jabatan Kaji Cuaca tersebut. Kemudian ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu lebih banyak lagi untuk persiapan.

Seminggu kemudian dia menelepon semula Jabatan Kaji Cuaca. "Apa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?" "Ya," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "Musim sejuk kali ini akan sangaaat sejuk!"

Ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan semua kayu dan ranting pohon yang mereka temukan.

Dua minggu kemudian dia menelepon kembali dan bertanya, "Apa anda yakin bahawa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?"

"Pasti," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "kelihatannya akan jadi musim sejuk yang paling sejuk yang pernah ada."

"Kenapa anda begitu yakin?" tanya ketua suku. Lelaki itu menjawab,

"Kerana kaum Indian sedang mengumpulkan kayu bakar dalam jumlah yang menggila banyaknya!"

Classic Definition?

1. Cigarette:
A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end & a fool at the other.

2. Love affairs:
Something like cricket where one-day internationals are more popular than a five day test.

3. Marriage:
It's an agreement in which a man loses his bachelor degree and a woman gains her master.

4. Divorce:
Future tense of marriage.

5. Lecture:
An art of transferring information from the notes of the lecture to the notes of the students without passing through "the mind of either".

6. Conference:
The confusion of one man multiplied by the number present.

7. Compromise:
The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece.

8. Tears:
The hydraulic force by which masculine will-power is defeated by feminine water-power.

9. Dictionary:
A place where divorce comes before marriage.

10. Conference Room:
A place where everybody talks, nobody listens & every body disagrees later on.

sahabatinteraktif@yahoogroups.com

Kisah Tasik Cempaka

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi Tasik Cempaka, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya.

Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah.

Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya.

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa.

Isteri: Kalau saya jadi bintang?

Suami: Abang jadi beginilah.

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...?

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.

Isteri: Kalau saya jadi bunga?

Suami: Abang jadi beginilah.

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2...

Suami : Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu ... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo!!??

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg
sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!

MORAL: Pakwe yang suka ajak bertenet kat Tasik Cempaka memang cam tulah perangai dia...So, hati2 dengan golongan ni! Dan jangan bertenet...

Mathematic - We Did It Our Way!

I find it most alarming that Malaysian schools teach our children the wrong things. I mean, can the children really apply what they are taught in school later in life? For example, can you imagine a mathematics question in a recent examination as follows?

"If an egg costs fifty Sen, and if you buy one-eighth of the egg, how much would you have to pay?"

Who in heaven's name will want to buy one-eighth of an egg? The shopkeeper will probably think you are crazy and he will be equally stupid to break the egg and measure one-eighth for you.

Yet, this is how they structure the questions in Malaysian schools. Why not pose questions that would be more useful later in life when you go out into the world to earn your living?

To help Malaysia's Ministry of Education better prepare our students to face the realities of life, we are suggesting some questions they could use in our classrooms.

QUESTION 1
If you drive from Kuala Lumpur to Penang along the PLUS Highway and there are four speed traps along the way, and if each speed trap would cost you RM300.00 in fines, how much in fines would you accumulate by the time you reach Penang?

ANSWER (Choose one)
1.I would not suffer any fines as the oncoming cars would flash their headlights and I would slow down before coming to the speed trap.

2. I would only need to pay a total of RM80.00 as I would pay a RM20.00 bribe at each speed trap.

3. I would not be stopped as I am an UMNO Wakil Rakyat so I am exempted from speed traps.

QUESTION 2
If your Bumiputera company is awarded a RM150 million government contract, and you make a 20% profit, how much profit would your company make at the end of the contract period?

ANSWER (Choose one)
1. I will not be making a 20% profit as I would have to pay the Minister 10% and UMNO 5%.

2. I would make 30% profit, which is the progress payment I receive, after which I will abandon the project and let the government call for a re-tender.

3. My company will not make any profit at all as I will siphon out all the profits and show a loss to avoid paying corporate tax.

QUESTION 3
If the ruling party obtained 54% of the popular votes the last election and won 151 or 80% of the seats, and if it saw an increase of 10% in votes this election, how many more seats would it gain?

ANSWER (Choose one)
1. The ruling party will not show a 10% increase in votes, as it will stuff the ballot box with another 20% to give it a 30% vote increase.

2. The ruling party will win an additional 25 seats, which are the newly created seats in the delineation exercise recently done.

3. The ruling party has already decided it will win 90% of the seats and the votes have nothing to do with it.

QUESTION 4
If the national petroleum company, Petronas, pays a 5% royalty to Terengganu State and if the amount paid is RM800,000,000 per year, how much should Petronas have in the bank accumulated over the last 25 years?

ANSWER (Choose one)
1. Nobody is supposed to know as Petronas need not show its accounts to anyone except the Prime Minister and this information comes under the Official Secrets Act.

2. Petronas earns only 50% of its petroleum revenue from Terengganu so Petronas' total income accumulated in the banks over 25 years should be RM800 billion.

3. Petronas has nothing accumulated in the bank as all the money has been spent bailing out failed banks and crony companies and to finance mega projects.

Scary Story

A certain rich businessman had a beautiful daughter, who fell in love with a guy who works as a cleaner. When the girl's father came to know about their love, he did not like it at all, and so began to protest about it.

Now it happened that the two lovers decided to leave their homes for a happy future. The girl's father started searching for the two lovers but could not find them.

At last, he accepted their love and asked them to come back home in a local newspaper. Her father said "If you both come back I will allow you to marry the guy you love, I accept that you loved each other truly".

So in this way, their love won and they returned homes. The couple went to town to shop for the wedding dress. He was dressed in white shirt that day. While he was crossing the road to the other side to get some drinks for his fiancées, a car came and hit him and he died on the spot.

The girl lost her senses. It was only after some times that she recovered from her shocked. The funeral and cremation was the very next day because he had died horibly.

Two nights later, the girl's mother had a dream in which she saw an old lady. The old lady asked her mother to wash the blood stains of the guy from her daughter's dress as soon as possible. But her mother ignored the dream.

The next night her father had the same dream, he also ignored it. Then when the girl had the same dream the next night, she woke up in fear and told her mother about the dream. Her mother asked her to wash the clothes which have blood stains immediately.
She washed the stains but some remained. Next night she again had the same dream she again washed the stains but some still remained.

Next night she again had the same dream and this time the old lady gave her a last warning to wash the blood stain, or else something terrible will happen.

This time the girl tried her best to wash the stains, and the clothes nearly tore, but stains still remained. She was very tired. In the late evening the same day, while she was alone at home, someone knocked the door. When she opened the door she saw the same old lady of her dream standing at her door. She got very scared and fainted.

The old lady woke her up..., and gave her an blue object, which shocked the girl. She asked "What is this..?" The old lady replied... "Try Dynamo Liquid Soap... just a dab and it will remove all stubborn stains!!!"

I know how you all are feeling now...I have been through this too...maaf zahir batin

Kenangan Aidilfitri

There was one family of terengganu people nak balik raye and they were stuffed into one kancil. Seven of the family members all together.

So the mum said,

Mum: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Dad: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Mum: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

And then they were thinking and thinking of the solution to their problem and how to make some space in the car. Suddenly their youngest son shouted...

Son: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

Kisah Si Kanibal

Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal, sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.

Lalu si anak pun berkata," Tengok Pak!! Adak mangsa!" "Jangan!" kata ayahnya, "lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak. Lagikpun tentu adak penyakit."

Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk. Maka dengan girang, si anak pun berkata, " Wah, itu rezekik kitak Pak, tahan untuk duak hari !" "Jangan!" kata ayahnya, " kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain ."

Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi giler kat tempat mereka menunggu mangsa.

Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang, "Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih.." " Jangan!" sekali lagi ayahnya berkata, "Kitak tak akan makan perempuan inik." "Kenapa Pak?" tanya si anak.

Lalu ayahnya pun menjawab, " Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup...., untuk santap malam inik, kitak makan saja ibu mu...."