Santai

Lelaki Yang Datang Haid

Oleh enamjahanam

Pada zaman dahulu kala tinggallah dalam sebuah kampung gembala-gembala lembu dan kuda. Ada seorang orang kaya mengembala lembu manakala simiskin mengembala kuda. Hatta beberapa ketika kedua-dua lembu orang kaya dan sikuda orang miskin pun mengandunglah. nak dijadikan cerita, kedua-dua kuda dan lembu tersebut beranak pada masa yang sama. Anak-anaknya comel belaka terutama anak kuda si miskin.

Yang si kaya ni sangat berkenan akan anak kuda simiskin. Lalu dicarinya akal penipunya untuk memiliki anak kuda si miskin yang comel itu.

Dia pun pergi kepada simiskin dan mengatakan bahawa anak kuda simiskin sebenarnya adalah anak daripada lembunya, tetapi lembunya beranakkan lembu yang menyerupai kuda. Pening kepala simiskin memikirkan hal tersebut. nak dilawannya orang kaya, akhirnya dia mengajak sikaya berjumpa hakim untuk mengendalikan kes tersebut. (Perlu diingat hakim pada masa itu bijak dan adil tak seperti hakim Ariffin Jaka dan Augustine tak releven. )

Apabila berjumpa saja hakim, maka masing-masing pun membentangkan kes mereka kepada si hakim yang bijak ini. Lalu fahamlah hakim akan kedudukan sebenar.

Setelah habis semuanya membentangkan kes, maka hakim berkata kepada mereka berdua supaya datang pada hari esoknya kerana pada hari tersebut, hakim mengatakan dia uzur.

Tercengang-cengang sikaya kerana melihat si hakim sihat sahaja. Lalu dia pun bertanya kepada hakim " Apakah sakit tuan, sebab saya nampak tuan sihat sahaja" Maka jawab hakim " Ada pun pada hari ini saya kedatangan haid". Lagi pening kepala si kaya lalau bertanya " Takkan orang lelaki seperti tuan boleh didatangi haid" Dengan pantas hakim menjawab " kalau anak lembu saudara boleh bertukar menjadi kuda, takkanlah orang lelaki tak bolah didatangi haid?"

Terpinga-pinga sikaya dah balik kerumah dengan malunya.

Itu kisah hakim bijak. Tapi kalau perkara tu berlaku pada zaman sekarang, dan hakim pulak ialah hakim Arifin jaka atau Augustine Paul, rasa aku menang si kaya nih sebab hakim depa ni hakim kangaroo....mana boleh fikiq perkara-perkara yang rumit. Sekian adanya...

www.tranungkite.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home