Santai

Bingkisan Ku...

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibukota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi, aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

Joe membawa aku berjalan2 menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini, alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..

Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-olah ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.

Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang, menjalar hingga ke bahagian puting...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe.

Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!! syaitan!!! bertopengkan manusia.. Joe menghela nafas panjang, bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya?? Apakah dia kini menyesal?

Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya...

Sayup kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam ke arah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah..

Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.

Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..

Kenapa manusia begitu kejam? Tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan? itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian.. menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.

Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!

Yang Benar,
SEPUNTUNG ROKOK

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :)
Kusyuk nampak membaca....hehehhehe.

Misteri Bola Ping Pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan PMR.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan di dalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima di jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas
dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya.

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer.

"Apa dia" tanya bapa Amer.

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????









ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Kisah Sedih Si Atan

Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan)dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba-tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir apa-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalahnya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik;
"Makwe ...... cari pakwe yang ader kerete jer...

True Story About 2 Sons Of Malaysia?

Once, there was a family known as Malaysia. In 1985, they were blessed with their first born, Proton. The family loved Proton all they can.

They gave Proton everything. They protected Proton from the bigger boys in Kindergarten. They told Proton, "You're young, you need protection from them. It's okay to make mistakes, you're young. Even if you don't learn from mistakes...it's okay...you are young."

Proton became spoilt. He always depended on parents and used up all his allowance on useless things. When he had to do his chores, he paid people to do it and the work is lousy, causing the parents having to call repairmen to fix all the mess that he made.

Anyway, when Proton was 10 (but he still acted like he is 1 or 2 years old), he had a younger brother, Perodua. At first, everyone thought this younger brother will be like Proton. Anyway, this new baby was more handsome and looks smarter than Proton. Malaysia knew there is a possibility Perodua could be smarter than Proton. Since they love Proton so much, they decided that Perodua can only learn a few things.

Cannot learn the same thing as Proton. This is so that Perodua wouldn't beat Proton at what Proton is doing.

Although Perodua was also protected by Malaysia, he learn to be independent very fast. He made good friends with Daihatsu, who had an elder brother Toyota. The two of them helped Perodua in everything.

Perodua, being independent and smart, learnt a lot and in a short while,was becoming as good as, if not better, than Proton.

Malaysia realized that Perodua was becoming better than his brother. Although proud of Perodua, they still love Proton best. They paid Lotus (which is older and well known worldwide) to be friends with Proton. Using this advantage, Proton mentioned Lotus everytime he wanted to tell people about himself. On this own, he was still the same.Moreover, Proton is always not updated.

When doing his work, he still uses the typewriter and refuses to use the computer. Perodua, so much younger, used the computer, with broadband for his work. Perodua was improving so much that Toyota has assigned him with his work, codename --Avanza.

2005. Proton is 20 years old, Perodua only 10. It was obvious that Perodua was the more successful of the two siblings. What is worse,Proton said he still need his parents to help him for another 10 years. He still need to protection from the big boys.

In May 2005, Perodua was about the show Malaysia his best work so far... codename Myvi.

Proton,being jealous...quickly came up with an unprofessional remark about Perodua's work and show his work at the same time as Perodua on purpose The future of Malaysia and her two kids are still unknown.

But it would be obvious that Perodua will shine, leaving Proton crying. It would be a wonder if in 2015, Proton will ask Malaysia for another 10 years of help and
protection...maybe this time...protection from Perodua as well...........

THE END

source: anonymous